BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 26 February 2011

KEMALANGAN PALING NGERI PERNAH SAYA ALAMI


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takatsuhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batudan air paip tidak mahu keluar
sebab beku di dalam batang paip. Pagi ituSaya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api
kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak
sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.


Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu
feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori
itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak
saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.
Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeriitu.
Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.


Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Wednesday, 23 February 2011

tengok world cup 2010 di south africa akan menjadi sebuah Amazing Journey. .

seandainya aq berpeluang utk menonton piala dunia 2010 secara live di south africa. . tentunya hal ini akan memberikan aq pengalaman baru yg x terduga .. stu pengalaman Amazing Journey. .
sebenarnya aq x begitu suka menonton pertandingan sepak bola. . klu men bola sepak mmang suka la. . pelik kn. .?? suka main bola tp s suka tngok pertandingan sepak bola. .HAHA! lain la klu man utd yg main. . . klu x  silap ingat. . waktu tym game kt tknik  (umur ak tym  itu dlm 17 thn). . dan skrang ni umur dah berumur 21 thun. .  sudah 4 thun  ak x lgi tngok pertandingan bola sepak secara langsung di pdang bola sepak . . :(
main bola sepak d pdang skrng sd kurng sbb byk gelanggng  futsal . . org skrng lbh suka main futsal di gelanggang yg x luas. .apa jgk bezt main  futsal drpda main bola sepak di pdang yg luas?? klutngok dri segi ekonomi. .aq rasa main bola sepak di pdang yg luas lg murah (malahan free lg) drpda di gelanggang futsal . . sewa gelanggang  futsal pon mhal. .dlam rm45/jam. . cuba fkir knp org skrang lbih suka kluarkn duit main d gelanggang drpd d pdang yg luas?? yg ak tau pdang d kwasan kita biasa guna scara prcuma. .selain itu. . main di gelanggang futsal wjib guna ksut. .klu d pdang ikut kita kan. .kaki ayam pon blh. . bergantung persetujuan dri kwan2 yg main bola  dgn kita. . dan 1 lg. . main bola sepak di pdang blh main dgn rmai orang drpd di gelanggang futsal.. .hehe

oke2  kembali ke topik utama. .wlaupun aq nie bkn background bola tp ak mau  kembali menikmati pertandingan bola secara live. .apalagi menonton world cup 2010 di south africa yg sdh brlalu thun lpas. .aq sgt mengagumi pertandingan world cup 2010 yang bertaraf international ini secara live. .aq  ingin duduk di bangku pnyokong diantara jutaan pnyokong yg lain utk menikmati setiap pertandingan yg berlangsung. . aq ingin menjdi pnyokong salah 1 negara peserta iaitu england. .HAHA.  .aq ingin merasakan keriangan pnyokong yg menyokong psukannya dan merasakan hingar bingar teriakan kemenangan di setiap gol yg masuk serta teriakan dri setiap kemenangan yg dapat. .aq ingin menjadi saksi sejarah berlangsungnya prtandingan bola terbesar. . world cup. . semua itu ak ingin rasakan secara live di pdang tempat berlangsungnya pertandingan world cup 2010. .
jika ak brutung utk dpatkan peluang ini. . bnyak prkara yg mengagumkan yg akan dpt ak rasakan. .sebuah pengalaman hidup yg x akan pernah dlupakan. .ini akan mejadi sebuah Amazing Journey yg sangat berkesan dlm hidup dan buku pengalaman hidup aq pun akan semakin bertambah. .HAHA!